Saksi mengaku terima cek yayasan bayar cukai jalan


SEORANG saksi dalam kes pertuduhan pecah amanah membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri mengaku di mahkamah menerima cek milik yayasan yang diterajui pemimpin itu,

Ahmad Izhan Abdul Rashid, ejen insurans kepada Allianz General Insurance berkata, sejulah tiga keping cek bernilai RM 107,509.55, diterima daripada pembantu Ahmad Zahid Hamidi  yang dikenali sebagai Mejar Mazlina.

Ia bagi pembayaran polisi insurans dan cukai jalan bagi 20 kenderaan milik Ahmad Zahid Hamidi bernilai

Dia berkata telah menerima cek Affin Bank milik Yayasan akal Budi sebanyak tiga kali daripada Mazlina, iaitu pada 22 Januari 2015 (RM 24980.55 ), 15 April 2015 (RM43,645) dan 22 September 2015 (RM38,884).
Iklan

Katanya lagi, cek tersebut ditulis atas namanya kerana selepas dia mendepositkan cek, dia akan mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar cukai jalan secara tunai kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kemudian, katanya lagi, dia akan mengeluarkan sejumlah wang lagi untuk dimasukkan ke akaun semasa milik Maya Consultant Services - syarikat pengurusan penjualan produk insurans miliknya - untuk membayar premium insurans berkenaan.

Menurut Izhan seperti dilapor Malaysiakini, jumlah wang yang diterima daripada Zahid tidak sama dengan jumlah sebenar yang digunakannya untuk membuat bayaran kepada JPJ dan allianz General Insurance, selepas mengambil kira komisen untuknya.

Jumlah yang dibayar kepada Allianz berdasarkan resit rasmi sudah ditolak komisen, katanya.

“Cara pembayaran komisen ini dipersetujui oleh Allianz General Insurance. Saya menerima komisen sebanyak 10 peratus daripada jumlah premium insurans yang dibayar oleh pelanggan,” tambahnya.

Izhan yang merupakan saksi ke-14 pendakwaan berkata demikian dalam keterangannya bagi perbicaraan kes pecah amanah dana milik Yayasan Akal Budi yang masuk hari kesembilan, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Membaca pernyataan bertulis di depan hakim Collin Lawrence Sequerah, Izhan berkata dia dilantik untuk menguruskan perkara berkaitan insurans kenderaan Zahid selepas diperkenalkan seorang kawan pada Ogos 2014.

Ketika perbicaraan 5 Disember lalu, pengurus cawangan Allianz General Insurance Fang Suat Lim - saksi ke-13 pendakwaan - berkata nilai polisi insurans untuk kenderaan milik Zahid dan keluarga berjumlah RM72,209.57.

Mahkamah juga didedahkan senarai 20 kenderaan milik Zahid termasuk yang didakwa didaftarkan atas nama individu lain.

Zahid dituduh menyeleweng kira-kira RM31 juta dana milik Yayasan Akalbudi.  Dia berdepan dengan 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah (CBT), lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana yayasan itu.

Pihak pendakwaan sebelum ini mendakwa, jejak aliran tunai mendapati satu amaun besar daripada dana itu digunakan untuk, antara lain, membayar bil kredit kad peribadi, membeli polisi insurans kenderaan-bermotor dan membeli cukai jalan untuk kenderaan milik peribadi.

Post a Comment

0 Comments