Sanna Marin Perdana Menteri termuda dunia.


SANNA Marin, kini diangkat sebagai Perdana Menteri termuda di dunia.

Berusia hanya 34 tahun, Marin merupakan Perdana Menteri Finland bagi menggantikan penyandang sebelum ini Antti Rinne.

Penggantian itu berlaku selepas Rinne meletakkan jawatannya pada Selasa setelah mendapat usul undi tidak percaya gara-gara gagal menguruskan masalah mogok pekerja pos negara itu, lapor Reuters.

Marin mula berkecimpung dalam politik sejak tujuh tahun lalu, sebelum ini beliau merupakan menteri pengangkutan negara itu.

Lebih menarik, beliau akan mula mengambil alih negara itu di tengah-tengah mogok pekerja selama tiga hari yang dijangka akan mengganggu pengeluaran di beberapa kilang utama di Finland bermula hari ini.

Konfederasi Industri Finland menganggarkan mogok kali ini akan mengakibatkan kerugian kepada syarikat-syarikat terlibat sebanyak 500 juta euro (RM2.3 bilion).

"Kami mempunyai tugas besar untuk mengembalikan kepercayaan," kata Marin selepas memenangi pemilihan parti dengan undian tipis.

Marin berjaya menewaskan lawannya Antti Lindtmann untuk mengambil alih tampuk pemerintahan parti Sosial Demokratik negara itu.

Perubahan pimpinan di Finland kali ini dilihat sedikit kekok memandangkan negara itu bertanggunjawab memegang jawatan presiden untuk Kesatuan Eropah sehingga hujung tahun dan memainkan peranan penting untuk menghalang peruntukan buat blok negara itu

Post a Comment

0 Comments