Jerebu: 125 sekolah di Selangor sambung cuti


JABATAN
Pendidikan Negeri Selangor memutuskan untuk menutup 145 buah sekolah di sekitae Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang dan Petaling Perdana hari ini.

Melalui satu kenyataan malam tadi, Jabatan itu memaklumkan penutupan sekolah itu dibuat susulan Indeks Pencemaran Udara di kawasan berkenaan kini berada pada tahap tidak sihat.

Penutupan itu melibatkan 23 buah sekolah di Sepang, 36 (Hulu Langat), 21 (Kuala Langat), 27 (Klang) dan 38 buah sekolah di Petaling Perdana.

"Seramai 187,928 orang pelajar terlibat dalam penutupan sekolah esok dan sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri itu juga mengingatkan pihak sekolah agar sentiasa mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa.

Setakat pukul 11 malam tadi, bacaan IPU di Johan Setia adalah 222, Klang (175) dan Banting (167) dan Shah Alam (185).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Dalam perkembangan serupa,  Sebanyak 25 sekolah di Putrajaya juga dilaporkan ditutup, Ia membabitkan lebih 25,000 pelajar.

Post a Comment

0 Comments