Maut pickup bertembung kereta


SEORANG wanita maut apabila pacuan empat roda dinaikinya terbabas di Kilometer 52, Jalan Gua Musang - Kuala Krai, petang semalam

Dalam kejadian itu, mangsa yang juga penumpang, Zalina Ariffin, 53, dilapor meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala pemandu, Ahmad Akmannizam Mohammad, 48, mengalami cedera ringan.

"Mangsa yang berasal dari Kota Bharu bersama pemandu dalam perjalanan dari Gua Musang menuju ke Kuala Krai dan sebaik tiba di lokasi kenderaan mereka hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.

"Kenderaan mereka kemudiannya merempuh kereta yang berada di laluan hingga menyebabkan kereta dipandu Wong Kong Hey, 52, terjatuh ke dalam gaung sedalam 12.7 meter, " kata Ketua Polis Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin.

Difahamkan, kenderaan terlibat dalam kejadian itu ialah sebuah Toyota Hilux dan Perodua Myvi

Tambah Mohd Taufik, pemandu Perodua Myvi mengalami patah kaki kanan dan cedera di bahagian perut dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk rawatan.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a Comment

0 Comments