PENYERTAAN Ras Adiba Radzi sebagai ahli Bersatu tidak akan memberikan kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan, kata seorang penganalisis politik.
Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi,pengalisis sosiopolitik dari Universiti Malaya berkata, Ras Adiba, bekas penyampai berita dan senator mungkin dikenali di peringkat nasional tetapi bukan dalam kalangan penduduk luar bandar.
“Walaupun beliau adalah (bekas) pengerusi Bernama, orang luar bandar tidak mengenalinya, mereka lebih kenal dengan tokoh tempatan,” katanya dipetik FMT.
Mengulas penyertaan Ras Adiba ke dalam Bersatu, Awang Azman berkata adalah perkara biasa bagi mana-mana parti politik untuk menarik tokoh popular bagi mendapatkan kelebihan.
Ras Adiba walaupun mungkin dicalonkan bertanding jelasnya masih tidak akan mampu menyaingi calon tempatan yang \mungkin mempunyai pengikut yang ramai di negeri mereka.
"Penduduk luar bandar memerlukan seseorang yang boleh dikaitkan dengan isu tempatan," tambahnya.
Ras Adiba, menyertai Bersatu pada Ahad mendakwa bukan untuk bertanding sebagai calon, tetapi lebih untuk membantu memastikan PN dapat membentuk kerajaan negeri.
Aktivis komuniti orang kurang upaya (OKU) itu pernah dilantik sebagai Senator Dewan Negara.
Sementara itu, pensyarah Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia walaupun Ras Adbiba ada kelebihan kerana memperjuangkan isu komuniti OKU,namun belum mampu memberi kelebihan kerana isu seperti hak OKU dan alam sekitar tidak akan menarik banyak sokongan dari pengundi.
“Tidak kira parti mana yang anda sertai untuk memperjuangkan masyarakat OKU, kita harus realistik bahawa ini masih belum meluas di Malaysia, anda tidak boleh bergantung kepada isu seperti ini untuk meraih lebih banyak undi,” katanya.
Lau berkata pengundi tempatan lebih berminat dalam isu etnik, agama dan ekonomi.

0 Comments