AMK Perlis ragu dakwaan kerajaan negeri tarik pelaburan RM2.5 bilion


ANGKATA MUDA KEADILAN (AMK) negeri Perlis menggesa kerajaan negeri itu mendedahkan perincian berhubung apa yang didakwa sebagai kejayaan menarik pelaburan baharu bernilai RM2.5 bilion.

Ketuanya, Raskhairulimran Raszali berkata, pihaknya meragui kesahihan pelaburan baharu itu yang hanya diperolehi dalam tempoh masa singkat sejak Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.
 ,
Justeru, Kerajaan Negeri pimpinan Mohd Shukri Ramli tegasnya perlu memperincikan senarai dan nilai pelaburan berkenaan kepada rakyat khususnya di Perlis yang sememangnya menanti peluang pekerjaan.

“Anak muda di Perlis amat menantikan peluang pekerjaan yang membolehkan mereka menyumbang kembali jasa dan keringat buat negeri kelahiran mereka ini,” katanya.

Lidah rasmi Pas, Harakah Daily sebelum ini melaporkan bahawa kerajaan PN Perlis berjaya membawa masuk pelaburan mencecah RM2.5 billion hanya dalam tempoh tujuh bulan sahaja.

Namun dakwaan itu telah dipertikai Badan Perhubungan UMNO negeri yang turut mahu senarai dan nilai pelaburan baharu yang didakwa itu disenaraikan.  

Dalam pada itu, Raskhairulimran berkata, AMK Perlis berharap agar kenyataan yang dikeluarkan itu bukanlah hanya sekadar propaganda politik dan omong kosong oleh kerajaan PN Perlis sebagai modal untuk meraih undi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di beberapa negeri dikuasai Pas tidak lama lagi.

Post a Comment

0 Comments