PN digesa berhenti berbohong, menghasut rakyat


PERIKATAN NASIONAL (PN) digesa berhenti "berbohong" serta menghasut rakyat kononnya akan ada pertukaran kerajaan di Putrajaya sekiranya parti itu menang dalam enam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Seorang pemimpin Umno menegaskan pertukaran kerajaan tak akan berlaku berdasarkan beberapa faktor termasuk komitmen terbaru yang diberikan pemimpin Sabah dan Sarawak untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan.

"Mereka terus membuat dakwaan kononnya ada ahli parlimen ingin bersama mereka, tapi bila kita kira, tengok (keadaan semasa) dan semua tahu ada akta antilompat parti.

"Jadi PN janganlah menghasut rakyat kononnya ada perubahan kerajaan pusat sekiranya kemenangan besar buat mereka.

"Saya nasihatkan PN berhentilah membohongi rakyat, berhentilah membuat cacamarba kepada kerajaan hari ini," kata Razlan Rafii.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sementara itu berpendapat PN tidak boleh bergerak lama sebagai pembangkang dan disebabkan itu gabungan terbabit berusaha dengan gigih untuk menggugat kerajaan yang ada kini.

Sebelum ini PN memberi gambaran bahawa kerajaan pusat akan bertukar selepas PRN sekiranya mereka berjaya mencapai menang besar di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan.


Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, juga menegaskan kerajaan pusat tidak akan berubah kerana anggapan tersebut tidak berasa sama sekali kerana ia hanya membabitkan pentadbiran peringkat negeri, bukan Persekutuan.

Post a Comment

0 Comments