CALON Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mengajak semua ahli parti supaya membina membina semula kekuatan dan taring parti.
Melalui satu hantaran di Facebook pada Ahad, Rafizi berkata KEADILAN perlu kembali kepada asal kelahiran parti iaitu sebuah gerakan rakyat.
Ia boleh dilakukan dengan membuang budaya politik ‘ala UMNO’ yang bermewah dan bertema bangsawan yang tidak boleh dibiar daripada terus membelenggu parti.
“Kami hanya perlukan pimpinan parti yang tidak begitu selesa dengan pangkat dan kemewahan untuk bersama-sama kami," katanya.
Rafizi turut memberitahu beliau mengadakan pertemuan di siang hari semasa bulan Ramadan supaya kempen tidak bermewah dengan jamuan di hotel.
Beliau dalam masa turut mengakui dirinya tidak pernah melihat semangat berkobar-kobar untuk bekerja dengan semangat lawan tetap lawan seperti yang ditunjukkan penyokongnya dalam siri jelajah kempennya kali ini.
“Dari raut wajah mereka, dari senyuman mereka, dari pesanan yang diberikan, saya faham mesej yang diberikan.
![]() |
Kekuatan parti mampu dibina semula |
Rafizi telah melalui empat pemilihan parti iaitu pada 2010, 2014, 2018 dan tebaharu 2022.
Pada pemilihan jawatan timbalan Presiden tahun 2018, Rafizi kalah kepada Mohammed Azmin Ali, yang kemudian meninggalkan parti itu melalui langkah Sheraton.