PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Mahiaddin Md Yasin dicabar agar bersuara terhadap tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malauysia (SPRM) yang dianggap mengamalkan dwistandard.
Dalam kenyataan media, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa bekas perdana menteri itu berdiam diri dalam isu siasatan SPRM terhadap hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
“Tiada pemimpin kerajaan bersuara menentang dwistandard yang diamalkan SPRM, terutama bekas perdana menteri Muhyddin yang mendakwa dirinya penghalang kleptokrat daripada kembali berkuasa.
"Kenapa Muhyiddin masih diam?" soal bekas menteri kewangan itu.
Sebelum letak jawatan pada Ogos tahun lalu, Muhyiddin dalam ucapan yang disiarkan di televisyen berkata dia tidak akan bekerjasama dengan kleptokrat yang "menunggu untuk dibebaskan oleh mahkamah".
Terdahulu sebuah portal dimiliki Raja Petra Kamaruddin mendakwa Nazlan yang mensabitkan Najib Razakdan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya disiasat polis berhubung RM1,036,127.40 yang didakwa dimasukkan ke dalam akaunnya.
![]() |
| Guan Eng soal mengapa Mahiaddin diam |
Nazlan kemudian membuat laporan polis berhubung artikel itu.
Guan Eng sementara itu berkata keputusan SPRM untuk menyiasat Mohd Nazlan berhubung dakwaan yang tidak dibuktikan adalah sangat berbeza dengan keputusan suruhanjaya itu untuk tidak menyiasat isu pemilikan saham ketua pesuruhjayanya Azam Baki.



0 Comments