Bekas Presiden Pakistan dijatuhkan hukuman mati


BEKAS Presiden Pakistan, Pervez Musharraf dilapor dikenakan hukuman mati oleh Mahkamah negara itu atas kesalahan khianat dan melanggar perlembagaan.

Rauters dalam laporannya berkata, hukuman itu diputuskan dua daripada tiga hakim mahkamah antikeganasan - mahkamah yang mengendalikan kes khianat peringkat tinggi setelah mendapati Musharraf bersalah.

Pendakwaannya berkenaan tindakan Musharraf mengiystiharkan darurat pada 2007, ketika penentangan terhadap pemerintahannya kian meningkat.

"Pervez Musharraf didapati bersalah mengikut Perkara 6 kerana mencabuli perlembaggan Pakistan

"Musharraf menjadi presiden Pakistan sejak Jun 2001 hingga Ogos 2008," kata pegawai undang-undang kerajaan Salman Nadeem seperti dipetik.

Susulan pengisytiharan pada 2007 itu,  semua kebebasan sivil, hak asasi dan proses demokrasi digantung hingga Februari 2008. Dia meletakkan jawatan enam bulan kemudian.

Sementara itu menurut Rauters lagi, Pakar perundangan Pakistan bagaimanapun berkata bekas Presiden itu masih boleh mencabar keputusan itu di Mahkamah Tinggi.

Bulan lalu, dia mengeluarkan video yang memaparkannya di atas katil hospital di Dubai, dan berkata dia tidak mendapat perbicaraan yang adil.

"Saya berkhidmat kepada negara dan membuat keputusan untuk kebaikan negara," katanya seperti dipetik.

Post a Comment

0 Comments