AHLI Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi membidas membidas Ketua Penerangan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) Wan Saiful Wan Jan.
Ia berhubung kenyataan Wan Saiful kononnya perpecahan undi Melayu hanya menguntungkan DAP dan KEADILAN.
Sambil menuduh Bersatu “hipokrit” tentang isu penyatuan ummah, Puad berkata parti itu patut merasa malu untuk bercakap soal itu kerana dalam tempoh singkat, parti itu sudah melahirkan dua parti serpihan iaitu Pejuang dan MUDA.
“Apakah penyatuan ummah hanya terlaksana jika Bersatu jadi bos penyatuan ummah dalam PN? Bersatu sudah diberi peluang. Dengan tujuh (Ahli Parlimen), Bersatu adalah bos dalam PN.
“Tetapi apabila Bersatu mewujudkan ‘kluster katak’ untuk membanyakkan jumlah Ahli Parlimennya melalui tawar menawar, pujukan, ugutan dan jawatan, adakah itu baik untuk penyatuan ummah?” soal Puad di Facebook.
![]() |
Puad antara pemimpin lantang kritik Bersatu |
“Bersatu patut malu kerana mengutip ahli parlimen ‘rentas parti’. Tidak bermaruah,” tegas beliau.
0 Comments