SEORANG lelaki berketurunan Asia-Amerika bakal menjadi Muslim pertama yang dilantik memegang jawatan sebagai Hakim Persekutuan Mahkamah Daerah negara Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita antarabangsa AFP berkata, Presiden Joe Biden telah mencalonkan majistret Zahid Quraishi,45, ke jawatan itu.
Quraishi yang berketurunan Pakistan adalah muslim Amerika pertama menjadi hakim mahkamah majistret di daerah New Jersey pada Jun 2019.
Dilahirkan di New York dan dibesarkan di New Jersey, Quraishi mendapat pendidikan dari Sekolah UNdang-undang, John Jay College of Criminal Justice in 1997 dan mnelanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di Rutgers Law School pada 2000.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penolong pendakwa raya AS di daerah New Jersey selain mempunyai pengalaman bertugas sebagai penolong ketua penasihat di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS.
Jika Quraishi dilantik, ia bakal menjadi sejarah baru untuk negara itu.
"Hakim Quraishi telah berkhidmat kepada negara kita dengan cemerlang dan akan mencipta sejarah menjadi Muslim Amerika pertama memegang jawatan sebagai hakim persekutuan jika (pencalonannya) disahkan," kata Senator Cory Booker dari New Jersey.
Sementara itu portal serupa berkata, sebelas daripada calon hakim yang dikemukakan Biden, termasuk tiga wanita kulit hitam dan wanita Asian-Amerika, akan berkhidmat sebagai Hakim mahkamah rayuan di Columbia serta Maryland.
![]() |
Biden calonkan Quraishi jadi Hakim Persekutuan |
"Setiap daripada mereka mempunyai kelayakan serta bersedia menegakkan Perlembagaan dan bersifat adil," katanya dipetik.
0 Comments