SATU laporan polis terhadap dakwaan wujud kartel dalam agensi polis dan amalan rasuah dalam pasukan penguatkuasaan undang-undang itu.
Laporan itu dibuat bekas menteri sumber manusia M Kula Segaran di ibu pejabat polis Ipoh susulan pendedahan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador bahawa sekumpulan pegawai polis muda cuba mendapat kenaikan pangkat supaya dapat menguasai pasukan polis serta hierarki pada masa akan datang, seterusnya memudahkan mereka melakukan ‘kerja kotor’ mereka.
“Pada pandangan saya, PDRM sepatutnya bebas dari pengaruh luar dan politik wang supaya kepercayaan awam tidak terhakis.
“Saya memfailkan laporan polis untuk menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap kartel itu,” katanya dalam kenyataan.
Selain siasatan, Naib Presiden DAP itu juga menggesa jawatankuasa bebas diwujudkan untuk menyiasat perkara itu dan hasil siasatan jawatankuasa berkenaan mesti didedahkan kepada umum untuk memastikan ketelusan.
Dalam perkembangan berkaitan, gesaan supaya satu jawatankuasa bebas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan itu turut disuarakan Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.
Ia susulan kenyataan Pesuruhjaya SUruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki yang dilaporkan berkata, agensi itu tidak bercadang menyiasat isu itu kerana ia masalah dalaman polis.
![]() |
Kula dan Guan Eng gesa tubuh RCI |
BACA: Bekas menteri bidas jawapan Pesuruhjaya SPRM
“Azam perlu tahu bahawa amalan terbaik antarabangsa terhadap rasuah, memerlukan badan bebas untuk menyiasat dan mengambil tindakan dan bukannya siasatan dalaman yang cenderung untuk meminimumkan atau menutup kesalahan yang berlaku,” kata beliau.
0 Comments