SEORANG lelaki berusia 32 tahun cuba membunuh diri dengan mengelar leher sendiri kerana enggan ditahan polis.
Ketua Polis Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang di Bagan Jermal, Butterworth pada Sabtu itu, lelaki itu pada mulanya ditahan polis semasa menunggang motosikal.
Bagaimanapun suspek melarikan diri dan bersembunyi di rumahnya di sebuah flat dekat kawasan itu.
“Polis bertindak mengejar lelaki itu sehingga ke rumahnya sebelum memecahkan pintu jeriji besi rumah berkenaan.
"Suspek yang ketika itu sedang memegang pisau lipat bertindak mengelar lehernya di situ bagi mengelak ditahan, dia dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut,” katanya Noorzainy dalam satu sidang akhbar.
Bagaimanapun dia dilapor dalam keadaan stabil selepas menerima 30 jahitan di leher.
Sementara itu, semakan dilakukan mendapati lelaki tersebut mempunyai 20 rekod lampau. Lelaki terbabit turut dikehendaki polis kerana terlibat dengan jenayah.
Suspek yang positif dadah itu dipercayai terlibat sekurang-kurang 10 kes ragut di Seberang Perai Utara dan Tengah sejak bulan lepas selain terlibat jenayah lain seperti curi motosikal kerana motosikal digunakan semasa kejadian tersebut adalah kenderaan curi.
Beliau berkata hasil siasatan lelaki itu juga didapati memiliki rekod rawatan sakit jiwa di Pusat Rawatan Sakit Jiwa, Jalan Perak dan dia dihantar semula ke pusat rawatan itu bagi mendapatkan rawatan.
“Berdasarkan rawatan sakit jiwa sebelum ini, lelaki itu mengalami keadaan tersebut (sakit mental) berikutan pengaruh alkohol dan dadah yang keterlaluan serta mempunyai kebiasaan cuba membunuh diri apabila ditangkap polis,” katanya.

0 Comments