Belanjawan 2025: Kementerian Komunikasi fokus isu akses digital

USAHA memperkukuhkan prasarana kesalinghubungan internet akan menjadi tumpuan utama Kementerian Komunikasi pada Belanjawan 2025.

Menteri Komunikas Fahmi Fadzil berkata, pihaknya mahu memastikan akses Internet berkelajuan tinggi dapat diperluaskan ke seluruh negara, termasuk institusi pendidikan, kawasan luar bandar, pedalaman, dan pulau-pulau terpencil.

"Ini bukan sahaja penting untuk menjamin kesamarataan akses digital dalam kalangan rakyat, malah akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan pendidikan, khususnya bagi komuniti yang sebelum ini kurang mendapat perhatian dari segi infrastruktur telekomunikasi, “ katanya.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata begitu kepada pemberita  ketika menghadiri sesi Sembang Santai bersama Komuniti MADANI Pulau Pinang di Kampung Batu Uban, Gelugor.

Sementara itu jelasnya, kementeriannya menerima teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 2 2024 mengenai pelaksanaan program Point of Presence (PoP), justeru terdapat keperluan untuk membaiki masalah terbabit dengan membantu kira-kira 4,000 sekolah yang terlibat untuk melengkapkan kemudahan Internet.

“Program itu sebelum saya (menjadi Menteri Komunikasi), Internet itu hanya sampai ke pagar sekolah bukan sampai masuk ke sekolah
“Kita akan berusaha untuk membantu melengkapkan sejumlah sekolah dengan wi-fi apabila kita menyediakan Internet berkelajuan tinggi ke sekolah-sekolah di kawasan pedalaman, “ katanya seperti dilaporkan Bernama.

Selain itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi juga akan memberi tumpuan kepada peningkatan akses Internet di kampus-kampus universiti awam seperti yang disarankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

 

Post a Comment

0 Comments