Tak benar Dr Wan Azizah dilantik ke JPM!

 


ISTERI Perdana Menteri, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak dilantik memegang apa-apa jawatan rasmi di Jabatan Perdana Menteri.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Azman Abidin susulan fitnah terbaharu yang dimainkan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

“Ini tidak benar. (Ia adalah) propaganda,” kata Azman dipetik laporan sebuah portal berita tempatan.

Terdahulu, sebuah poster tersebar dalam Whatsapp bagi mengucapkan tahniah kepada Wan Azizah atas pelantikannya sebagai pengerusi ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan yang telah disusun semula di bawah JPM.

Azman turut mengulas dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang pernah mempengerusikan mesyuarat dikalangan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Jelasnya, mesyuarat dipengerusikan itu hanya mesyuarat dalaman di kalangan Ahli-Ahli Parlimen bagi membincangkan isu di bandar raya itu, ia tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi atau jabatan kerajaan.

Jangan mudah tertipu dengan propaganda
“Mereka bercadang untuk tubuh sebuah sekretariat tidak rasmi bagi menyelaraskan isu Kuala Lumpur

“Ahli-Ahli Parlimen Kuala Lumpur minta Wan Azizah untuk pengerusikan mesyuarat sebab beliau pun ahli parlimen Bandar Tun Razak.

"Mesyuarat ini tidak di bawah mana-mana agensi atau jabatan. Tiada kuasa untuk menetapkan dasar,” katanya

Post a Comment

0 Comments