SEORANG bekas penyelidik sosial kanan Bank Dunia mengulangi gesaan agar kerajaan perpaduan dibentuk.
Lim Teck Ghee, yang dipetik satu laporan oleh portal FMT berkata, kerajaan perpaduan boleh dilaksanakan dan sangat diperlukan untuk mengatasi pelbagai krisis negara, selain menangani polarisasi politik yang sedang berlaku di negara ini.
“Ini dapat membantu memperbetulkan jurang politik negara ketika ini. Selain itu, kerajaan perpaduan dapat melakukan lebih baik berbanding kerajaan sedia ada ketika ini,” katanya.
Teck Ghee sebelumnya ditanya apakah kerajaan perpaduan mungkin boleh dilakukan memandangkan persekitaran politik semasa.
Beliau pernah membuat membuat gesaan sama tahun lepas.
Sementara itu jelasnya, walaupun gabungan kerajaan dan pembangkang akan menetapkan syarat sebelum mempersetujui penubuhan kerajaan perpaduan, beliau percaya pertimbangan positif akan menundukkan kepentingan sedemikian.
“Kesedaran bahawa bukan hanya parti dan ahli politik yang akan rugi sekiranya pemimpin politik kita gagal mempersetujui sebuah kerajaan perpaduan yang munasabah dan dipercayai boleh membantu memecahkan kebuntuan,” katanya sambil berkata, Yang di-Pertuan Agong juga boleh memainkan peranan penting dalam memastikan kejayan dan keberkesanan sebuah kerajaan perpaduan.
Beliau dipetik laporan itu turut berkata, sekiranya sebuah kerajaan perpaduan terbentuk, ia harus menumpukan pada tiga perkara, iaitu krisis kesihatan, sosio-ekonomi dan politik yang memerlukan perhatian segera.
Mei lepas, Lim menulis bahawa kerajaan perpaduan memerlukan kenegaraan tinggi, tetapi inisiatif seperti itu berjaya sebelum ini bagi banyak negara yang menghadapi krisis nasional.
Gesaan supaya sebuah kerajaan perpaduan dianggotai pemimpin dari semua parti turut dibuat Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said baru-baru ini.
Katanya sebuah kerajaan interim darurat dengan Kabinet darurat dibentuk bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap usaha melawan penularan Covid-19.
Jelasnya, jawatankuasa pilihan khas juga harus digunakan sebagai alternatif untuk meningkatkan kebertanggungjawaban dan ketelusan di peringkat eksekutif.
Gesaan itu dibuat setelah pentadbiran Muhyiddin menggantung persidangan Dewan yang menurutnya menafikan hak rakyat negara ini terutama yang berharap agar pendemik Covid-19 segera dapat dikawal.

![]() |
Langkah betulkan jurang politik Malaysia |

0 Comments