Bekas Menteri mahu laporan harian vaksinasi , bukan gambaran indah


BEKAS Menteri sains, teknologi dan inovasi Yeo Bee Yin menggesa kerajaan memberi perlu memberi kemas kini harian kadar pemberian vaksin kepad rakyat dan  bukannya membuat pengumuman pada hari-hari apabila kadarnya tinggi

Beliau membuat gesaan itu dalam kenyataan di Facebooknya susulan pengumuman Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan Khairy Jamaludin bahawa kadar vaksinasi negara mencecah angka 99,000 dos baru-baru ini.

Tambah Ahli Parlimen Bakri itu lagi, beliau dapati kerajaan cenderung untuk mengumumkan kadar vaksinasi harian pada hari-hari ia tinggi. Ia seoalah-olah untuk memberi gambaran indah berbanding realiti di lapangan.

“Sesetengah orang mungkin tidak menyedari bahawa pada hari sebelumnya, ia hanyalah 21,988 dos dan dua hari selepas itu ia tidak mencapai bilangan 100,000 sehari,” katanya.

Beliau sebelumnya merujuk kepada graf kadar vaksinasi harian yang dilaporkan oleh Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi bulan Mei.

Yeo menggesa CITF supaya menyediakan laporan kadar vaksinasi purata tujuh hari bagi memberi gambaran lebih realistik tentang keadaan di lapangan.

Sementara itu tambahnya,  Khairy perlu jelas mengenai tarikh pada bulan Jun kerajaan menjangka akan mencapai kadar vaksinasi harian sebanyak 150,000 dos.

“Kita perlukan lebih banyak tindakan segera diambil di lapangan. Ini bukan perang tajuk berita. Kita berperang dengan virus sebenar yang menuntut ukuran yang mewakili hasil sebenar di lapangan,” katanya.

 Kerajaan perlu beri gambaran realistik
Terdahulu Khairy dipetik laporan media sebagai berkata bahawa kadar vaksinasi dijangka meningkat kepada 150,000 suntikan sehari pada Jun.

Ia berikutan Malaysia akan memperoleh hampir 16 juta dos vaksin Covid-19 menjelang Julai.

Post a Comment

0 Comments