Ruang udara diceroboh: Anwar tuntut penjelasan k'jaan PN


KETUA Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil maklum  pendedahan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengesan penerbangan mencurigakan pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) menghampiri ruang udara negara.

Melalui kenyataan media, Pengerusi Pakatan Harapan  (HARAPAN) itu menyampaikan rasa hormat dan pujiannya kepada ketangkasan pasukan udara memintas pesawat itu terus berada dalam ruang udara negara.

Walau bagaimanapun, Anwar menggesa menteri Luar segera laksanakan tugas dengan meminta penjelasan daripada Republik Rakyat China terkait insiden tersebut.

"Kejadian seperti ini ternyata amat membimbangkan serta menimbulkan kecurigaan dan keresahan terhadap kedaulatan negara serta keselamatan ruang udara kita.

"Pujian saya terhadap ketangkasan pasukan TUDM yang segera menggerakkan pemintasan udara dalam mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut

"Saya menggesa Menteri Luar untuk segera laksanakan tugas dengan meminta penjelasan daripada Republik Rakyat China terkait insiden ini," katanya dalam kenyataan ringkas.

Semalam, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata,  TUDM mengesa 16 buah pesawat Tentera Udara milik China memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei.

Pesawat itu jelasnya dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain sebelum mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara.  

Susulan itu, TUDM telah mengarahkan pesawat itu menghubungi kawalan trafik udara Kota Kinabalu. Namun arahan itu bukan sahaja tidak dipatuhi malah mereka melangkaui persempadanan Kota Kinabalu menghala ke ruang udara nasional.

TUDM kemudian telah melancarkan pesawat-pesawat pemintas untuk melakukan identifikasi visual.TUDM telah melancarkan pesawat-pesawat pemintas untuk melakukan identifikasi visual.

“Hasil daripada pemintasan udara yang dilaksanakan, TUDM telah mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut adalah daripada jenis llyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20. Pesawat-pesawat jenis ini merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi.

“Insiden ini merupakan perkara yang serius terhadap ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan berdasarkan kepadatan trafik udara dalam laluan penerbangan (Airways) di Kota Kinabalu,” kata Ackbal dalam kenyataan.

 Insiden pencerobohan ancam kedaulatan negara


Sementara itu melalui kenyataan sama, Anwar turut meminta penjelasan pentadbiran Muhyiddin mengenai alasan kebenaran diberikan untuk pesawat prototaip perisikan jenis Boeing 737-400 milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) menggunakan ruang udara negara.


Tegas bekas Timbalan Perdana Menteri era 90-an itu, tindakan itu dapat dianggap sebagai satu bentuk pengkhianatan kepada negara.
 

Post a Comment

0 Comments