SEORANG Ahli Parlimen mewakili pengundi Pakatan Harapan (HARAPAN) membidas sikap Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun yang tidak menggesa kerajaan menamatkan penggantungan sidang Dewan Rakyat.
Ngeh Koo Ham (Beruas) berkata, sebagai seorang Speaker Dewan, Azhar sepatutnya mempertahankan institusi demokrasi itu dan tidak membiarkan ia terus digantung.
Melalui satu kenyataan media, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu turut memberikan tiga sebab mengapa Dewan Rakyat perlu bersidang semula.
Yang pertama katanya, pengisytiharan darurat di bawah Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan “tidak membayangkan ia memiliki kuasa untuk menggantung Parlimen”.
Malah tegasnyatidak ada undang-undang yang dapat diisytiharkan untuk menggantung Parlimen atau Badan Kehakiman, karena keduanya bukan ancaman terhadap keamanan, ketenteraman awam dan ekonomi.
"Azhar perlu berani mempertahankan sebarang “serangan” terhadap demokrasi berparlimen,"
“Dia perlu membela Dewan Rakyat dan tidak menggunakan undang-undang secara selektif untuk membolehkan kuasa Eksekutif menangguhkan Dewan Rakyat. Ia adalah tindakan pengkhianatan terhadap Dewan Rakyat,” kata Koo Ham mengulas alasan pertama diberikannya itu.
Mengulas lanjut, beliau memberikan alasan kedua iaitu Dewan Rakyat bebas dan tidak tertakluk kepada kuasa Eksekutif atau Kabinet.
“Sebenarnya, Kabinet atau Eksekutif, sepatutnya, tunduk kepada Dewan Rakyat. Pembentukan Kabinet atau Eksekutif bergantung kepada perdana menteri untuk mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat. ” jelasnya.
Alasan terakhir jelasnya, kuasa memanggil Parlimen untuk bersidang terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan bukan perdana menteri.
Walaupun Perkara 11 Peraturan Tetap Dewan Rakyat (Standing Orders) menyatakan bahawa perdana menteri akan memberi nasihat kepada Agong pada persidangan pertama, Ngeh berkata tujuan peruntukan ini adalah “jelas bersifat pentadbiran”.
![]() |
Azhar mesti pertahan fungsi Dewan Rakyat |
Beliau turut menegaskan bahawa Standing Orders tidak melangkaui Perlembagaan Persekutuan, dan mendesak Azhar untuk segera menulis surat kepada Agong agar Parlimen dapat bersidang semula, menurut Artikel 55 perlembagaan.
0 Comments