KPT ambil langkah proaktif pastikan capaian internet di IPTA di tahap tertinggi


KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam memastikan kemudahan teknologi yang disediakan di institusi-institusi tersebut memenuhi keperluan pelajar dan kakitangan akademik.

“Perdana Menteri ingin memastikan semua IPTA dan politeknik dilengkapi dengan capaian Internet yang tinggi. Ini bermakna bukan sekadar ada, tetapi ia perlu konsisten...kadang-kadang ada, kadang-kadang tidak.
 
“Paling penting, capaian Internet yang optimum membolehkan proses penyelidikan dan pembelajaran di universiti berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan,“ kata Menteri KPT, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program In Person With Doc Zam di Dewan Mu’adzam Shah, di Universiti Utara Malaysia (UUM).
 
Terdahulu, perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikannya mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan KPT segera menyelesaikan isu capaian internet di IPTA.

Capaian internet yang lancar akan memudahkan penyelidikan dan inovasi di peringkat universiti, sekaligus menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan negara.

Sementara itu menurut Dr Zambry, KPT komited untuk mengambil langkah-langkah proaktif dalam mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul berkaitan capaian Internet, demi menjamin pengalaman pembelajaran yang lebih baik dan berdaya saing di peringkat global.

Jelasnya, usaha meningkatkan capaian Internet di semua universiti awam telah dijalankan, dan seterusnya akan melibatkan politeknik.


Post a Comment

0 Comments