Siasat semua terlibat kenaikan harga ayam, bukan hanya peniaga

 


PIHAK berwajib digesa bersikap lebih berani dan adil dengan menyiasat semua  yang terlibat dalam isu kenaikan harga ayam.

Gesaan itu disuarakan Pengerusi Amanah Pengerusi Amanah Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah susulan rungutan peniaga ayam yang mempertikaikan penguatkuasaan yang dijalankan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sebuah pasar yang videonya tular sebelum ini.

Raja Kamarul yang merupakan bekas timbalan menteri berkata, pembekal besar turut perlu disiasat dan bukan hanya “menekan” peniaga kecil dengan mengeluarkan kompaun.

“Sikap kerajaan mengambil jalan mudah menekan peniaga kecil sementara peniaga besar seperti pembekal besar tidak di siasat dan di kenakan tindakan yang sama mencerminkan sikap di antara dua darjat- yang kaya berpengaruh dilepaskan dan yang miskin dikenakan tindakan,” katanya.

Terdahulu tular video seorang penjual ayam di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu dikenakan kompaun segera sebanyak RM500, kerana menjual ayam lebih daripada harga RM8.90 yang ditetapkan, baru-baru ini.

“Ambil ayam RM8.90. nak jual RM8.90. Pastu kena saman. Hak peniaga mana”, rungut peniaga terbabit  harga ayam yang diterima melalui pemborong sudah sememangnya tinggi.

Selesai isu harga dengan langkah holistik
Peniaga terbabit juga dalam rakaman itu berkata, wang RM500 yang diperuntukan bagi persiapan raya terpaksa digunakan bagi membayar saman berkenaan.

Malah hampir kesemua peniaga ayam di pasar itu menurutnya disaman sebanyak RM500 di atas kesalahan sama.

Post a Comment

0 Comments