PENGGUNA yang ingin menggunakan laluan Lebuhraya Sungai Besi dari KM11.0 hingga KM11.3 (arah Sungai Besi) digesa merancang semula perjalanan mereka.
Ia susulan penutupan penuh secara berkala laluan itu bakal dilanjutkan dari 16 Disember ini sehingga 12 Januari depan.
MMC-GAMUDA dalam satu kenyataan berkata, laluan sepanjang 300 meter itu akan ditutup sepenuhnya jam 11 malam hingga 5 pagi berikutan terdapat kerja-kerja pemasangan kekotak segmen (SBG) dan kerja berkaitan.
“Pengguna jalan raya yang ingin ke arah Sungai Besi akan dilencongkan ke Lebuhraya Sungai Besi (arah Kuchai Lama) untuk menggunakan aliran kontra yang telah disediakan (bagi tempoh penutupan penuh ini).
“Pengguna jalan raya yang ingin ke Central Residence pula perlu membelok ke kiri selepas aliran kontra tamat. Pemandu yang ingin ke Kuchai Lama boleh menggunakan dua lorong yang akan disediakan,”menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu bagi melancarkan perjalanan, pengguna turut untuk sentiasa mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas.

0 Comments