ORANG ramai di Sentul petang tadi gempar apabila sebuah kren yang digunakan bagi kerja pembinaan sebuah bangunan tumbang.
Insiden itu dikongsikan orang awam melalui satu petikan video di laman sosial yang memaparkan kren tersebut tumbang dan menghalang laluan jalan raya.
Beberapa kediaman turut dilihat musnah tertimpa kren berkenaan.
Berdasarkan satu petikan laporan dimuat naik ke Facebook, 4 orang dilapor mengalami kecederaan termasuk seorang bayi lelaki berusia 3 bulan, beberapa buah kenderaan turut rosak dalam kejadian tersebut.
![]() |
Keadaan kren yang tumbang | Sumber - Facebook |
talian MERS 999, pada jam 18:34pm, seterusnya menghantar jentera ke
tempat kejadian.
"Keluaran Pasukan operasi jentera dari BBP Sentul, 1 jentera FRT (Fire Rescue Tender) dengan kekuatan seramai 11 anggota.
"Terdapat 4 orang mangsa terlibat iaitu 1 lelaki dewasa, 2 perempuan dewasa dan seorang bayi lelaki berumur 3 bulan mengalamikecederaan," kata laporan yang dikongsikan itu.
Difahamkan semua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. punca kejadian masih tidak diketahui.
0 Comments