SELEPAS tewas pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) lalu, barisan pembangkang dilihat cuba memainkan pelbagai isu untuk mencemarkan imej pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) di mata rakyat.
Gagal menjadi pembangkang yang baik, mereka dilihat mencipta pelbagai persepsi jahat bagi menarik kembali sokongan rakyat.
Apa sahaja perkara dijadikan isu termasuk perkara yang sama sekali tidak masuk akal.
Terbaharu, Ketua Menteri Melaka menafikan dakwaan segelintir pembangkang yang mendakwa pemilihan warna baju rasmi yang dipakai barisan exco kerajaan negeri sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 Peringkat Negeri Melaka seakan-pakaian askar komunis.
Perarakan meriah di Melaka | Sumber- Google |
"Warna kita pilih berdasarkan semangat kemerdekaan, setiap warna yang kita pilih itu memang ada kena mengena dengan merdeka kita.
"Warna ini adalah salah satu warna tentera dahulu, sebab kalau kita lihat askar Melayu yang awal menggunakan warna ini, jadi warna ini sebenarnya memberikan gambaran bahawa semangat itu harus kita kekalkan," katanya
Adly sementara itu menyifatkan tindakan segelintir pihak menyamakan pakaian digunakan itu dengan pakaian tentera komunis seoalah-olah cuba mencuit keharmonian yang dinikmati sehingga sekarang.
Terdahulu, Yang Dipertua Tun Dr Mohd Khalil Yaakob bersama barisan pimpinan kerajaan negeri hadir menyaksikan perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan ke-62 di Memorial Kemerdekaan, Bandar Hilir pada 31 Ogos lalu.
BACA: Baju komunis: Azwanddin minta maaf pada Senator DAP
Sebelum ini, seorang pemimpin mesra Umno, membuat permohonan maaf terhadap seorang pemimpin DAP kerana memfitnah pakaian digunakannya mirip pakaian diguna askar komunis.
Azwanddin Hamzah memilih penyelesaiaan luar mahkamah atas fitnah dibuatnya terhadap Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.
0 Comments