SARANG bakal kembang pelancongan S'gor



PENTADBIRAN
Kerajaan Negeri Selangor terus melipat ganda untuk membangunkan ekonomi rakyat negeri itu terutama di kawasan luar bandar.

Terbahru, kerajaan negeri melaksana program SARANG Ekonomi Desa, sebuah program meremajakan ekonomi desa setempat dan merancakkan serta mempelbagaikan aktiviti perniagaan khususnya di lokasi tumpuan pelancong.

EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, bagi fasa pertama progra itu, Kuala Selangor dipilih sebagai kawasan perintis selama enam bulan bermula bulan lalu.

Rodziah Ismail
Program komprehensif bercirikan bimbingan serta pemudahcaraan itu katanya bakal memanfaatkan 55 kampung serta penduduk sekitar daerah itu.

“Potensi pendapatan baharu dan tambahan boleh dijana melalui khidmat promosi pelancongan, restoran dan hidangan makanan laut, penginapan, cenderamata dan kraftangan pelancongan serta rekreasi kampung yang bakal memberi manfaat kepada peserta program dibimbing.

“Kerajaan Negeri berhasrat program ini bukan sahaja memacu pembangunan lestari kawasan luar bandar tetapi meningkatkan tahap pendapatan penduduk tanpa perlu berhijrah ke kawasan bandar,” katanya dalam kenyataan.

Tambah bagi tahun depan, Kerajaan Negeri merancang untuk melaksanakannya di daerah lain serta berpandu kepada hasil pelaksanaan program pada tahun ini.

“Kerajaan Negeri komited dalam usaha meningkatkan purata pendapatan seisi rumah di Selangor kepada RM6,000 sebulan menjelang 2025 termasuk kawasan luar bandar dengan adanya program seperti ini.

Negeri komited dalam usaha meningkatkan purata pendapatan seisi rumah di Selangor kepada RM6,000 sebulan menjelang 2025 termasuk kawasan luar bandar dengan adanya program seperti ini.

Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga berkata bagi tahun depan, Kerajaan Negeri merancang untuk melaksanakannya di daerah lain serta berpandu kepada hasil pelaksanaan program pada tahun ini.

“Kerajaan Negeri komited dalam usaha meningkatkan purata pendapatan seisi rumah di Selangor kepada RM6,000 sebulan menjelang 2025 termasuk kawasan luar bandar dengan adanya program seperti ini," jelasnya.

Post a Comment

0 Comments