SEORANG wanita maut selepas dipatuk seekor ayam jantan peliharaanya dalam kejadian di Australia.
Memetik laporan thesun.uk, wanita warga emas itu sebelumnya sedang mengutip telur di kediamannya di kawasan pedalaman di South Australia sebelum diserang 'suspek' tersebut.
Autopsi yang dilakukan ke atas mangsa berusia 76 tahun itu menjumpai dua kesan patukan pada bahagian bawah kaki kirinya.
Mangsa yang yang tidak dinamakan itu dipercayai maut susulan mengalami pendarahan.
Susulan kes itu, Pakar forensik Universiti Adelaide, Prof Roger Byard melakukan kajian.
Dalam laporan diterbitkan menerusi Jurnal Forensic Science, Medicine and Pathology untuk edisi Ogos Byard memberitahu kes tersebut menunjukkan bahawa haiwan domestik kecil juga boleh menyebabkan kecederaan yang membawa maut kepada golongan individu yang mempunyai masalah pembuluh darah.
"Mangsa dikesan mengalami luka kecil di kakinya, namun wanita itu mempunyai rekod penyakit termasuk hipertensi, diabetes dan vena varikos (urat bersimpul).
"Kematian wanita itu adalah amaran terhadap bahaya haiwan berpotensi untuk mereka yang mengalami masalah vaskular," katanya dipetik.
0 Comments