Setelah 10 tahun, Anwar dan Najib akhirnya bakal berdebat


HARAPAN
rakyat Malaysia untuk menyaksikan debat antara Presiden KEADILAN, DatuK Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak hampir terliasisasi.

Anwar yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam satu kenyataan semalam menerima cabaran dilontar Najib sebelumnya untuk berdebat mengenai usaha menyelamatkan (bail out) syarikat Sapura Energy Bhd (Sapura Energy).

"Saya bersedia untuk berdepan dan berdebat demi negara dan rakyat pada bila-bila masa dengan Najib," kata sambil menegaskan pernah pernah mencabar Najib berdebat sejak sedekad lalu namun ia tidak bersambut.

Ahli parlimen Port Dickson itu turut mengiringi kesanggupannya dengan serangkap pantun:

Tuan Puteri pergi ke Lukut,
Bawa pulang kacang panjang;
Sedikit pun hamba tak takut,
Kalau berani turun gelanggang.

Isu mengenai Sapura Energy hangat setelah bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menempelak gesaan Najib supaya kerajaan menyelamatkan syarikat itu. Rafizi tidak setuju wang negara digunakan bagi tujuan 'bail out' tersebut dengan menegaskan beliau yakin kepimpinan baharu Sapura dapat menyelesaikan masalah kewangan syarikat tersebut.

Rafizi pada Mac lalu berkata Najib - sebagai perdana menteri ketika itu - gagal menjaga kepentingan institusi awam melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) yang menjadi pemegang saham dalam syarikat tersebut.

Meneliti rekod kewangan Sapura Energy, tegasnya seorang pengarah eksekutif yang mewakili pemegang saham majoriti meraih hampir RM1.1 bilion dari 2009 hingga 2021 dalam bentuk gaji, bonus, sewa, yuran harta intelek dan bentuk imbuhan lain.

Beliau mempersoalkan kewajaran ketua pegawai eksekutifnya yang diberikan gaji yang begitu lumayan.

Perbalahan itu kemudian membawa kepada cabaran Rafizi kepada Najib agar mereka berdebat mengenai langkah berkenaan.

Ia kemudian dipersetujui oleh Najib namun Ahli Parlimen Pekan itu meletak syarat supaya Rafizi mengajak Anwar bersama dalam debat berkenaan.

Sementara itu Najib  reaksi segeranya, Najib berkata dia setuju untuk berdebat dengan Anwar.

Apakah debat akan jadi budaya kita?
"Saya minta pasukan Anwar dan Rafizi aturkan dengan media sekiranya ada yang berhasrat untuk siarkan secara langsung," katanya di Facebook.

Sebagai rekod pada 2011, Anwar pernah mencabar Najib berdebat mengenai 'Pelan 100 Hari' pembangkang.

Najib ketika itu mengelak cabaran tersebut dengan berkata debat budak budaya politik di negara ini.