Gabungan Rafizi dan Anwar boleh jadi pasukan hebat

 


SEORANG lagi pemimpin muda dalam parti KEADILAN melihat perlunya pembentukan pasukan baharu yang memberi kesan positif dalam parti itu untuk menghadapi Piihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin berkata satu kenyataan berkata, gabungan antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd. Rafizi Ramli yang kini merupakan Naib Presiden diyakini akan mengukuhkan kepimpinan parti itu dalam berhadapan pihak lawan menjelang pilihan raya nanti.

“Saya yakin selepas pemilihan KEADILAN, akar umbi akan memilih Rafizi dan KEADILAN serta HARAPAN mampu membentuk pasukan baru mendepani Barisan Nasional dan Perikatan Nasional pada PRU15 akan datang.

“Ini adalah apa yang diperlukan Anwar Ibrahim selepas pasukan yang ada gagal.

“Bukan sahaja saya, malah rakyat juga akan lebih percaya kepada gabungan dua tokoh ini dalam mengemudi KEADILAN serta membawa HARAPAN lebih hebat dari gelombang PRU14 lalu,” katanya.

Sementara itu melalui kenyataan sama Razeef berkata, kaji selidik yang dijalankan firma penyelidikan bebas, Ilham Centre yang menyatakan Anwar Ibrahim wajar bersara merupakan kajian yang tidak mengambil kira semua faktor.

Menurut beliau, hasil kajian ini adalah meliputi sokongan terhadap HARAPAN serta melalui keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor.

Berdasarkan keputusan itu jelasnya sudah tentu segala kesalahan dan kegagalan akan diletakkan semata-mata di bahu Anwar beliau selaku Pengerusi gabungan itu.

“Namun pada pandangan saya setiap kekalahan dan kegagalan HARAPAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada seorang sahaja. Perkara ini perlu ditanggung oleh sebuah pasukan sama ada dari unit pilihan raya, strategi, penerangan dan komunikasi.

Rafiz berpandangan Anwar masih releven
“Saya melihat beliau (Anwar) masih mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin bukan sahaja kepada KEADILAN dan HARAPAN malah, negara ini.

“Beliau mempunyai visi dan saya yakin ia mampu dilaksanakan. Namun, beliau perlukan pasukan dan ‘orang kanan’ yang mampu membantunya,” katanya.

Post a Comment

0 Comments