SATU lagi gempa bumi kuat melanda selatan Filipina hari ini dengan gegaran berukuran 6.8 magnitud direkodkan.
Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) yang dipetik media antarabangsa berkata, gempa bumi itu berpusat kira-kira 16 kilometer di barat daya Davao di pulau Mindanao pada kedalaman 28.2 kilometer.
Tiada ancaman tsunami dikeluarkan. manakala beberapa bangunan dilapor musnah dalam kejadian itu.
Insiden gempa bumi hari ini menyusul beberapa siri gempa melanda negara itu. Pada hujung Oktober lalu tujuh maut dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.6 magnitud.
Gempa yang berlaku di timur Tulunan, Cotabato Utara, Filipina itu menyebabkan banyak bangunan retak dan mencederakan puluhan penduduk.
Seminggu sebelumnya, satu gegaran sekuat 6.4 magnitud yang melanda negara itu turut mengakibatkan lima mangsa maut.
0 Comments