ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) membuat laporan polis terhadap Presiden parti Bersatu berhubung dakwaan melakukan "sogokan politik".
Ia susulan isu dibangkitkan dalam surat oleh Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pada 14 Okt bahawa dia pernah ditawarkan jawatan ssebagai penasihat dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Petronas oleh Muhyiddin yang juga adalah perdana menteri.
"(Ini) perkara yang tidak adil kerana menggunakan sumber dan jawatan kerajaan persekutuan untuk mengukuhkan jawatannya sebagai perdana menteri.
"Tujuan laporan polis dibuat supaya dapat membuat siasatan secepat mungkin," kata Timbalan Pengarah Strategi AMK, Chua Wei Kiat.
Chua yang juga merupakan ADUN Rawang membuat laporan polis itu di IPD Dang Wangi Kuala Lumpur, pagi tadi.
Pada 14 Okt, dalam satu surat Razaleigh mendakwa Muhyiddin menawarkan jawatan penasihat Petronas, yang secara tradisi ditawarkan kepada bekas perdana menteri.
Bagaimanapun tawaran itu ditolak kerana Razaleigh bimbang ia melanggar Perkara 48 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan mengenai “hilang kelayakan keanggotaan Parlimen” jika memegang sesuatu jawatan berpendapatan.
Muhyiddin didakwa cuba buat sogokan politik |
Sementara itu, Chua ketika ditemui media turut sekali lagi mengulangi desakan supaya Muhyiddin supaya meletakkan jawatan.
Ia susulan kenyataan Anwar baru-baru ini yang berkata beliau mempunyai sokongan kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan pusat selain beberapa kenyataan terutama dari Umno yang memberi bayangan bahawa sememangnya Muhyiddin sudah tidak lagi mendapat sokongan ramai Ahli Parlimen.
0 Comments