Senarai nama urusan bersama Seri Paduka - Anwar


PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat ( KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak permintaan pihak polis agar beliau mengemukakan nama Ahli-Ahli Parlimen yang menyokongnya

Ketua Pembangkang itu, yang hadir ke Bukit Aman bagi membantu siasatan terhadap beberapa laporan difailkan terhadapnya menegaskan bahawa hanya melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan bukan di bawah bidang kuasa polis.
 
“Saya dah ditemubual ada enam kes terhadap saya umumnya menjurus kepada mereka memohon supaya nama-nama ahli parlimen sokong saya diberikan.

“Saya berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam semua siasatan ini.

“[...] dan saya beritahu urusan setakat ini untuk persembahkan kepada Agong bukan urusan pihak polis dan pihak politik kementerian dalam negeri yang arahkan polis untuk mengetahui nama-nama,” katanya.

Terdahulu, Anwar diminta untuk hadir memberi keterangan berhubung dakwaan bahawa dia mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Anwar dikerumuni media
Katanya. siasatan kes telah dibuka mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selasa lalu, Anwar mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi mengemukakan bukti sahih sokonga kukuh ahli Parlimen terhadapnya.

Sejurus sidang media Anwar, Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengesahkan yang ketua pembangkang itu mengemukakan jumlah sokongan diterimanya, tetapi tidak mengemukakan senarai nama ahli parlimen yang menyokongnya.

Sebahagian pihak menyifatkan tindakan untuk tidak mendedahkan nama Ahli Parlimen terbabit sebagai salah satu strategi bagi mengelakkan mereka diganggu atau ditawar ganjaran bagi menarik semula sokongan.


Ketika ini spekulasi kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin bakal tumbang semakin mempunyai asas apabila Biro Politik Umno pada lewat petang Selasa mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan berkenaan.

Sementara itu ketika ditemui media, Anwar turut mendakwa dia turut disoal berkaitan “kes liwat” dalam siasatan polis hari ini.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan siasatan itu satu tindakan politik bagi menekannya.

“Ada tetapi ini biasa dan soalan pun longgar. Dan ini satu rencana politik untuk menekan saya saat saat seperti ini,” kata Anwar kepada media.

Post a Comment

0 Comments