BEKAS Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Abdul Aziz Shamsuddin, 82, meninggal dunia pada kira-kira 11.52 malam tadi, lapor agensi berita Bernama.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi Majlis Perundingan Melayu (MPM).
MPM dalam hantaran itu berkata, Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Gopeng, Perak.
"Solat jenazah akan diadakan di Bukit Damansara selepas solat subuh hari Sabtu, 17 Okt 2020 (hari ini). Namun demikian, kami mohon maaf SOP PKPB hanya mengizinkan 20 orang sahaja untuk melaksanakan solat jenazah.
Abdul Aziz mula berkecimpung dalam arena politik setelah menyertai Umno di Cawangan Pelabuhan Kelang pada tahun 1969.
Allahyarham merupakan bekas Ahli Parlimen Shah Alam dari 2004 hingga 2008. Sebelum itu pada 1975, beliau dilantik sebagai pegawai khas kepada Menteri Pelajaran ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.
Aziz berusia 82 tahun |
0 Comments