Sabah sambut baik pengumuman PM serah kuasa kawal selia gas


KEPUTUSAN
Kerajaan Persekutuan memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Sabah disambut baik kerajaan negeri itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pengumuman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam adalah satu langkah ke hadapan ke arah merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sentiasa menjadi aspirasi negeri itu dan rakyatnya.

"Kerajaan negeri teguh dalam usaha untuk mengawal dan menguruskan sumber minyak dan gas negeri," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Anwar mengumumkan kerajaan pusat bersetuju memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah kepada kerajaan negeri dan perkara itu dipersetujui sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan untuk menghormati MA63.

Perkembangan ini antara beberapa isu besar yang diluluskan Jemaah Menteri, selepas Anwar mengarahkan tunggakan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 diselesaikan dalam tempoh sebulan.

Susulan  pemindahan kuasa tersebut, peletakan harga dan perjanjian baharu bekalan gas di Sabah akan ditentukan oleh Kerajaan Negeri

BACA: Kabinet pindah kuasa kawal selia gas di Sabah kepada k'jaan negeri

"Selepas keputusan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agung, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mengadakan sidang khas untuk meluluskan dan mewartakan Rang Undang-Undang Negeri Sabah bagi bekalan gas.

Antara langkah penuhi perjanjian MA63
"Suruhanjaya Tenaga Sabah akan mengambil alih semua kuasa kawal selia untuk bekalan gas di darat (penggasan semula, penghantaran, pengedaran, penggunaan gas oleh pemegang lesen swasta dan runcit) di negeri ini berkuat kuasa serta-merta," tambah Hajiji sebagai mengulas perkembangan itu.

Post a Comment

0 Comments