Dr Wan Azizah santuni keluarga mangsa renjatan elektrik


ISTERI Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menziarahi keluarga tiga beradik perempuan yang maut akibat renjatan elektrik dalam kejadian di Tumpat, Kelantan baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sebelumnya tiba ke negeri itu pada jam 6.30 petang semalam sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meninjau keadaan banjir di negeri itu.

Wan Azizah kemudian bergegas ke kediaman keluarga mangsa di Kampung Bendang Surau bagi menyantuni Mohd. Nadzir Mohamed, 67 dan Zainun Sulaiman, 62, yang merupakan ibu bapa ketiga-tiga mangsa.

Dalam pertemuan kir-kira 30 minit itu, beliau menzahirkan rasa simpati dengan kejadian tragis yang menimpa tiga anak perempuan Mohd. Nadzir.
 
“Mereka sangat kuat untuk menghadapi kehilangan tiga anak ini. Ketiga-tiga mangsa dikategorikan sebagai mangsa banjir dan akan diberikan pampasan bagi meringankan bebanan keluarga.

“Saya mengharapkan pihak berwajib dapat menitikberatkan aspek keselamatan dan persekitaran agar tidak berulang tragedi seperti ini,” katanya bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Dr Wan Azizah harap inseden sama tak berulang
Media sebelum ini melaporkan insiden tragis membabitkan tiga beradik iaitu Nurul Syazwani, 33 bersama dua adiknya, Sakinah, 29 dan Noor Fathiah, 27, yang ditemyi maut terkena renjatan elektrik selepas menyentuh tiang di rumah jiran mereka yang digenangi banjir.

Ketiga-tiga mereka dikatakan ingin melihat paras air di sekitar rumah dan sempat merakamkan gambar kenangan serta berkongsi di kumpulan WhatsApp keluarga sebelum berlaku tragedi.

Post a Comment

0 Comments