Dah tahu musim banjir, mengapa masih nak cuti luar negara?


BEKAS Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin menempelak sikap Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar yang “hilang” ketika rakyatnya berdepan bah besar.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Naib Presiden PAS itu bercuti ke luar negara ketika semua pihak sudah dimaklumkan lebih awal risiko banjir susulan fenomena monsun laut.

Lebih teruk tegasnya, Ahmad Samsuri yang merupakan Pengerusi Pengurusan Bencana Negeri tidak wajar meninggalkan urusan mengurus banjir kepada Exco kerajaan negeri kerana mereka mempunyai kuasa terhad sedangkan dengan kedudukan Ahmad Samsuri, dia mempunyai lebih kuasa untuk meminta bantuan dari Persekutuan.

“Kita dah tahu banjir kali ni akan jadi lebih teruk, dah ramal dah luar biasa dan semua pegawai kanan kerajaan cuti mereka dibeku tetapi menteri besar, ketua kerajaan negeri macam mana dia boleh ke Auckland. Pergi 11 Dis dan balik 22 Dis, kami semua tahu butiran dia.” tegasnya.

Ahmad Samsuri sebelum ini didakwa bercuti bersama keluarga di Auckland, New Zealand ketika banjir besar melanda negeri di bawah pentadbirannya.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO,Lokman Noor Adam mendakwa Ahmad Samsuri dan isterinya berlepas ke Auckland pada 11 Dis lalu dan hanya hanya dijangka pulang pada Khamis (22 Dis) berdasarkan maklumat diperolehinya.
a
Sementara itu menurut Raja Kamarul, beliau menyifatkan Samsuri hanya menganggap kejadian bah kali ini sebagai biasa ketika ramai yang menganggapnya sebagai luar biasa.
 
Malah tindakan Samsuri enggan pulang lebih awal telah menunjukkan sikap Menteri Besar itu yang tidak prihatin dengan nasib rakyat di negeri bawah pentadbirannya.

“Bukan jauh sangat New Zealand balik ke Malaysia, boleh je pendekkan lawatan dan ambil penerbangan balik terus. Hanya mahu dengan tidak saja.

“Pada kita dan orang di luar sana, musibah ini luar biasa tetapi pada menteri besar Terengganu ini perkara biasa,” kata Ketua Amanah Terengganu itu.

Raja Kamarul tempelak sikap Ahmad Samsuri
Setakat semalam, seramai 40,889 mangsa daripada 11,360 keluarga di Terengganu ditempatkan di 298 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan 11,360 keluarga.

Hampir 1,600 mangsa yang ditempatkan di 15 PPS terpaksa dipindahkan semula ke lokasi lain selepas PPS yang menempatkan mereka dinaiki air.
 

Post a Comment

0 Comments