KKD ambil langkah proaktif hadapi bencana banjir


KEMENTERIAN
Komunikasi dan Digital (KKD) mengambil langkah proaktif bagi memastikan penduduk di kawasan berisiko banjir mendapat maklumat awal terhada kemungkinan bencana.

Menterinya, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, KKD akan  bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam menjayakan langkah itu.

Bagi tujuan itu juga jelasnya, syarikat telekomunikasi untuk mengaktifkan notifikasi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada penduduk di sesuatu kawasan.

“Kita guna kaedah geo location spesifik bagi memastikan penduduk menerima maklumat awal agar persediaan dapat dibuat.

 Hebahan amaran banjir akan lebih sistematik
“Malah kita juga akan menggunakan rangkaian televisyen dan radio secara kerap bagi menghebahkan amaran banjir diseluruh negara,” katanya pada Rabu.
 
Selain itu KKD juga telah mengarahkan Jabatan Penerangan menyampaikan maklumat secara bergerak di lapangan berkenaan amaran banjir.

Mengulas lanjut berkenaan ada mangsa yang terperangkap kerana tidak mendapat amaran banjir, Ahmad Fahmi berkata, siren amaran banjir adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Dari apa yang kita lihat setengah kawasan itu mungkin penghuni merasakan ingin berada di situ ataupun tidak (tidak mahu berpindah),” katanya dalam sidang media di kementerian itu.

Dalam pada itu, Ahmad Fahmi turut mengumumkan kementeriannya akan menyalurkan sumbangan bernilai RM1 juta kepada mangsa banjir di semua negeri yang terjejas akibat bencana banjir ketika ini.

Sumbangan itu hasil kutipan dana itu dikumpul menerusi Tabung Bantuan Bencana KKD yang disumbangkan oleh pelbagai agensi di bawah kementerian itu.

"Buat masa ini, tabung ini mempunyai RM4.2 juta dan KKD akan sumbangkan RM1 juta beserta barangan keperluan dan makanan kepada mangsa banjir. KKD juga akan sediakan tenaga sukarelawan.

Sementara itu bagi keselesaan penghuni Pusat Pemindahan Sementara (PPS), kementeriannya juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyedia serta menambah baik capaian Internet dan talian telefon di pusat pemindahan sementara (PPS)
 
MCMC juga diarah untuk meneliti masalah kerosakan menara telekomunikasi di beberapa negeri yang dilanda banjir agar pengguna mendapat capaian perkhidmatan segera apabila banjir surut.

Post a Comment

0 Comments