Anwar janjikan kerajaan yang ehsan dan rahmah untuk semua kaum



MALAYSIA pada masa ini amat memerlukan sistem ekonomi yang membela nasib rakyat dan ia hanya boleh dicapai dengan sebuah kerajaan yang stabil, tegas Anwar Ibrahim.

Anwar yang merupakan calon Perdana Menteri mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) melalui perutusan khas beliau semalam berkata, bahawa sesebuah kerajaan akan menjadi stabil jika ia patuh pada Perlembagaan manakala pemimpinnya berkhidmat demi rakyat, bukan untuk kepentingan diri sendiri.

“Ini termasuklah memelihara agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, penetapan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.

“Sementara itu, hak setiap rakyat berbilang kaum akan terus dipelihara dan maruah mereka dihormati laksana sebuah keluarga.

“Sebuah kerajaan itu akan menjadi stabil jika pemimpinnya punyai akhlak, menolak rasuah dan menjunjung kedaulatan undang-undang,” kata pengerusi HARAPAN itu.

Justeru tegasnya, HARAPAN adalah pilihan terbaik kerana pasukan diketuainya itu bukan sahaja komited mahu memulihkan negara, malah terhadap agenda mengangkat budaya ehsan dan rahmah buat seluruh rakyat di negara ini.

“HARAPAN menawarkan suatu formula kestabilan kerajaan kepada rakyat Malaysia yang akan melaksanakan dasar-dasar untuk mengembalikan kegemilangan negara.

“Pemimpin kita telah membuktikan kejujuran dan integriti mereka. Menerusi khidmat mereka kepada rakyat, kita akan memulihkan keyakinan antara rakyat dengan kerajaan,” tambahnya lagi.

Anwar sementara itu turut menegaskan sekiranya diberi mandat oleh rakyat untuk memimpin negara ini, beliau tidak akan mengizinkan bertunasnya permusuhan dan kebencian sesama kaum.

Anwar janjikan masa depan M'sia lebih baik


Pada Rabu dan Khamis, satu kumpulan profesor Melayu yang menamakan diri mereka sebagai G70 menyatakan secara terbuka sokongan supaya Anwar dipilih menjadi perdana menteri yang baharu.


Kemudian 102 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Jaringan NGO Melayu Islam hari ini tampil menyatakan sokongan sama.

Menurut kedua-dua belah pihak, mereka mempercayai pengalaman dan integriti Anwar mampu memulihkan negara sekaligus meningkatkan kembali imej Malaysia di mata dunia.

Post a Comment

0 Comments