CALON Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan mengatakan beliau menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin untuk membentuk kerajaan campuran yang digelar sebagai “Perikatan Harapan” selepas PRU15.
Anwar ketika bercakap kepada pemberita di Padang Meru Permai dekat Tambun petang tadi menegaskan ia merupakan pembohongan yang ditimbulkan pihak tertentu yang tahu mereka akan kalah jika berlaku persaingan secara sihat pada pilihan raya esok.
“Mula-mula kata (Ahmad) Zahid dan saya. Semuanya bohong
"Penipuan yang dibawa mereka yang rasa akan kalah kalau persaingan itu bersih. Maka mereka gunakan (penipuan). Dalam beberapa jam ini, banyak akan digunakan, banyak fitnah lagi, muflis akhlaknya dan terdesak.
“Bagi saya teliti (dahulu) dan jangan percaya dan rujuk kepada sumber yang sahih, macam belajar hadith," katanya.
Sebelum ini, bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad - yang mempertahankan kerusi Langkawi - mendakwa Zahid yang juga pengerusi BN mempunyai rancangan untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri selepas PRU15.
Mahathir mendakwa Anwar akan membebaskan Zahid daripada kes rasuah di mahkamah.
Anwar kemudian menafikan dakwaan Mahathir itu dan mahu bekas Pengerusi Bersatu itu tampil memberikan bukti.
Pada pilihan raya kali ini, penganalisis politik menjangkakan tiada mana-mana parti dapat memperolehi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan, mereka sebaliknya perlu mengadakan kerjasama dengan pihak lain.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan baru-baru ini berkata, pendirian PAS jelas jika diminta untuk bergabung, maka mereka akan memilih BN.
Pendirian itu jelasnya berdasarkan pandangan Presiden PAS iaitu bergabung dengan BN jika tiada mana-mana pihak mendapat majoriti mudah pada PRU15,” katanya.
Sementara itu, Anwar melahirkan keyakinan bahawa HARAPAN akan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.
“Insya-Allah, saya optimis kita mampu melakukannya.
“Sekiranya kamu mahu mengubah landskap politik rasuah selama beberapa dekad ini, maka kamu perlu beri peluang yang munasabah kepada alternatif ini (HARAPAN).
"Majoriti mudah akan memberi manfaat kepada negara demi kestabilan," katanya.

Anwar optimis HARAPAN mampu dapat majoriti |

0 Comments