Kapar mesti jadi setanding Shah Alam dan Klang - Abdullah Sani


CALON Ahli Parlimen Kapar mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) Abdullah Sani Abdul Hamid memastikan Kapar setanding dengan Shah Alam dan Klang.

Ketika ini jelsnya,  walaupun Shah Alam dan Klang yang berjiran dengan Kapar dilihat lebih maju, kawasan itu sendiri jelasnya agak sedikit 'tempang'

“Salah satu iltizam saya adalah berhasrat untuk menambah baik dalam membentuk gabungan 'segi tiga' antara Klang, Shah Alam dan Kapar.

"Saya tak mahu Kapar dikategorikan tempang. Insya-ALLAH, saya nak majukan Kapar dalam standard yang sama dengan Shah Alam dan Klang,” katanya.

Abdullah Sani yang memulakan kerjaya politiknya sebagai pemimpin pekerja itu sebelumnya dijemput sebagai panelis Program Sinar Live.

Program itu yang dikendalikan oleh Hazwan Mokhtar itu disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Khamis.

Selain itu menurutnya, beliau mahu mengusahakan penambahan sekolah dalam kawasan Parlimen itu, ia susulan jumlah anak murid yang terlalu ramai sehingga mereka terpaksa belajar dalam keadaan yang sempit.
 
“Ini memberi kekuatan kepada saya untuk memastikan pembinaan sekolah di Kapar,” ujarnya yang turut bercita-cita untuk mewujudkan sebuah kompleks perpustakaan di Kapar bagi memberi kemudahan kepada pelajar.

“Kompleks ini merupakan satu keperluan kerana banyak pelajar di Kapar pergi ke Shah Alam atau Klang untuk menambah pengetahuan dan ilmu,” ujarnya.

Kapar boleh maju setanding Shah Alam dan Klang
Selain perpustakaan, Abdullah Sani berkata beliau berhasrat mahu mewujudkan stadium mini untuk bola sepak bagi kegunaan beliau Kapar.

Beliau juga berhasrat untuk mencadangkan satu laluan khas untuk lori bagi mengelakkan kenderaan itu melalui jalan utama.

“Saya cadangkan supaya laluan dari Port Klang pergi ke lebuh raya melalui satu laluan lori. Lori tidak menggunakan jalan utama sekali gus menyebabkan jalan utama itu mudah rosak,” katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments