BEKAS Senator, Aiman Athirah Sabu yang diamanahkan Pakatan Harapan (HARAPAN) bertanding di Parlimen Sepang mahu menyelesaikan dua masalah jangka panjang di kawasan itu sekiranya diberi mandat oleh rakyat.
Bercakap kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut pada Jumaat, Athira berkata dua masalah utama itu adalah banjir dan pemilikan strata tanah.
“Secara umum masalah banjir dan pemilikan strata tanah. Yang lain itu banyak lagi.
“Kerajaan ataupun pihak berkuasa yang mengizinkan mana-mana pembinaan taman-taman perumahan mesti mengambil kira kawasan-kawasan rawan banjir, faktor saliran atau ketinggian.
“Contohnya di sini kawasan banjir, macam mana? Ada yang kata tak boleh pindah pun sebab dah beli rumah. Jadi perkara sebegini boleh diatasi sekiranya pihak berkuasa dan pemaju mengambil tanggungjawab bukan hanya untuk membina rumah tetapi turut memikirkan ancaman yang mungkin boleh dihadapi penduduk di situ,” ujar Ketua Wanita HARAPAN itu.
Mengulas lanjut isu banjir di Sepang, beliau berkata pihaknya melihat beberapa langkah jangka panjang boleh diambil bagi menangani perkara itu.
Ia antaranya dengan mendalamkan dan memperluas Sungai Langat dan mempercepatkan Projek Langat 2.Isu banjir dalam perhatian Aiman Athira
"Malah banjaran benteng sungai juga perlu dinaikkan daripada 1.5 meter kepada 4.6 meter agar limpahan air dapat disekat.
"Insya-ALLAH jika saya diberi peluang untuk berkhidmat di sini, (ini) adalah perkara-perkara yang saya mesti dapatkan kerjasama daripada semua pihak,” jelasnya.
0 Comments