SEORANG ADUN negeri Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi (MK) Umno, Tajuddin Abdul Rahman berkaitan kenyataan fitnah terhadap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Syerleena Abdul Rashid yang merupakan wakil rakyat Seri Delima berkata, fitnah dilontarkan Tajuddin pada satu wawancara anjuran Sinar bukan hanya palsu, lebih teruk ia berbaur perkauman.
“Penyandang Parlimen Pasir Salak itu dalam wawancara tersebut membuat beberapa dakwaan dan kenyataan palsu, malah menyentuh sentimen perkauman yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai,” katanya selepas membuat laporan di Ibu pejabat polis Daerah Timur Laut dekat Pulau Pinang.
Tajuddin dalam sesi wawancara itu menuduh Guan Eng semasa mengetuai kementerian kewangan telah meminggirkan orang Melayu.
Dia turut mendakwa kementerian itu sudah berubah wajah menjadi seperti 'tokong'
"Berapa ramai pegawai Melayu yang dibuang? Pejabat menteri kewangan dah jadi macam tempat tokong Cina. Banyak pergi pakai seluar pendek.
"Mana ada orang Melayu boleh pijak tangga atau masuk dalam pejabat Kementerian Kewangan pada masa itu?" kata Tajuddin.
BACA: Tuduhan Tajuddin tak betul, tegas bekas pegawai MOF
BACA: Fitnah MOF jadi 'tokong Cina', Guan Eng saman Tajuddin Rahman
Dakwaan Tajuddin kemudian disangkal seorang bekas pegawai MOF, Rahmah Ghazali yang menegaskan bahawa ketika Guan Eng mengetuai kementerian itu, bukan sahaja kakitangan sebilangan besar terdiri dari orang Melayu, malah pasukannya turut terdiri dari pelbagai bangsa.
"Saya kerja dengan menteri kewangan selama empat bulan selepas pembangkang (HARAPAN) ambil alih kerajaan.
"(Kakitangan) Melayu ramai je, masa hari raya setiap jabatan buat rumah terbuka," katanya melalui ciapan di Twitter seperti dilapor Malaysiakini.
Guan Eng dalam baru-baru ini mengesahkan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah Tajuddin itu.
![]() |
Tajuddin fitnah MOF jadi 'tokong' |
Turut memfailkan laporan terhadap Tajuddin adalah RSN Rayer, penyandang Parlimen Jelutong yang juga seorang peguam.
0 Comments