PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan strateginya bertanding di kerusi baharu dibuat kerana yakin dua kerusi yang pernah disandangnya sebelum ini mampu dipertahankan.
Dipetik laporan media, Presiden KEADILAN itu berkata, keputusan bertanding di Parlimen Tambun adalah untuk menambah bilangan kerusi yang akan dimenangi HARAPAN sekaligus menawan negara.
“Saya telah meninggalkan suatu gelanggang yang sudah kukuh. (Parlimen) Permatang Pauh bagi saya sudah kukuh dan (Parlimen) Port Dickson dalam beberapa tahun ini, saya telah berikan perhatian sangat banyak.
“(Jadi) saya hendak kukuhkan dan harus tawan kawasan baharu untuk memenangi dan menawan negara,” katanya.
Anwar dijangka bertembung penyandang kerusi Parlimen Tambun, Ahmad Faizal Azumu yang juga timbalan presiden Bersatu.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dinamakan sebagai calon bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Anwar di Parlimen Port Dickson.
Keputusan Anwar untuk bertanding di luar kawasan selesanya menarik perhatian banyak pihak, Di Malaysia kebanyakkan pemimpin politik dilihat lebih cenderung memilih bertanding di kawasan yang disifatkan mereka sebagai kubu kuat.
![]() |
HARAPAN laksana langkah agresif tawan negara |
Berdasarkan tinjauan dan semakan terperinci dilaksanakan, Anwar ketika ini jelasnya sedang mendahului di Parlimen Tambun.
0 Comments