Muda kerjasama dengan HARAPAN, guna logo sendiri hadapi PRU

 


PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sah menjalin kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi menghadapi Pilihan Raa Umum ke-15 (PRU-15) kali ini.

Timbalan Presidennya, Amira Aisya Abd Aziz berkata, kerjasama pilihan raya itu dimuktamadkan petang semalam dengan kedua-dua pihak mempersetujui tiga perkara asas.

“Pertama, Muda sebagai pakatan pilihan raya dengan HARAPAN sebulat suara, tanpa berbelah bahagi menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

“Kedua, untuk memenangi pilihan raya kali ini, HARAPAN dan Muda memastikan tidak berlakunya pertembungan kerusi dan ketiga, Muda diberi fleksibiliti menggunakan logo sendiri pada pilihan raya nanti,” katanya ketika pengumuman calon parti itu malam tadi.

Menurut Amira, Muda akan menggunakan lambang mereka sendiri pada PRU kali ini.

Setakat semalam tiga calon mewakili Muda telah diumumkan. Danial Abdul Majeed yang merupakan seorang jurutera akan bertanding di Parlimen Kepala Batas, Rahayu Baharin di Tanjung Karang dan Lim Wei Jiet di Tanjung Piai.

Setakat ini pengumuman apakah Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mempertahankan kerusi Parlimen Muar belum dibuat.

“Pada 31 Okt ini, kami akan membuat satu lagi pengumuman mengenai calon kami yang akan bertanding, termasuk di Sabah.” katanya seperti dilapor FMT.

Amira sementara itu menyatakan keyakinan bahawa dengan semangat dan komitmen yang ada dalam Muda, parti itu mampu memberi kemenangan kepada HARAPAN pada PRU15.

Muda jalin kerjasama politik dengan HARAPAN
Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli semalam memaklumkan keputusan berhubung kerjasama dengan Muda dan PSM telah diputuskan.

"Semua telah diselesaikan dan mengikut perancangan kita akan memeterai secara rasmi dalam satu acara, untuk tandatangan persetujuan, pada Selasa ini," katanya dipetik.


 


 

Post a Comment

0 Comments