ILMUAN Islam, Nik Omar Nik Abdul Aziz berhasrat mahu meneruskan legasi ayahnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin.
Dipetik laporan media, Nik Omar berkata, beliau tidak kisah diletakkan di mana sahaja untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini kerana matlamatnya adalah mahu memenangkan Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Perak ke? Kelantan ke? Masih dalam Malaysia. Walaupun dihantar ke Sabah sekali pun, yang penting untuk menangkan HARAPAN, katanya pada sidang media.
Tambah bekas yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia itu lagi, jika beliau bertanding di kerusi Parlimen, beliau akan cuba melakukan yang terbaik kerana semua itu melibatkan urusan negara dan ia adalah untuk kebaikan semua bukan sahaja untuk keluarganya.
Media sebelum ini melaporkan desas-desus bahawa Nik Omar yang bakal bertanding diatas kouta Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan berdepan Tajuddin Abdul Rahman di Parlimen Pasir Salak.
Beliau merupakan antara tujuh calon berprofil tinggi dari pelbagai bidang disiplin dan pengalaman yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mewakili KEADILAN pada pilihan raya kali ini.
![]() |
Nik Omar mahu lakukan yang terbaik untuk negara |
BACA: Letak calon profesional, KEADILAN serius nak tadbir negara
BACA: Nik Omar bakal cabar kerusi Tajuddin Rahman?
Sementara itu, Nik Omar sama ada beliau telah berpindah dari Parti Amanah Negara (Amanah) ke KEADILAN menegaskan soal berkenaan parti bukan perkara yang perlu dibangkitkan kerana kedua-duanya berada dalam gabungan sama.
“Soal parti nombor dua, sebab kira dalam satu payung kita bincang dalam HARAPAN,” jelasnya.
0 Comments