Pencetus idea kempen #BenderaPutih langgar kubu kuat PAS


PAKATAN HARAPAN mencalonkan aktivis yang pernah mencetuskan idea kempen 'bendera putih' ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 lalu di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa, kelantan,

Nik Faizah Nik Othman, 48, bakal bertanding mewakili gabungan itu diatas tiket Parti Amanah Negera (Amanah).

Bekas guru itu bukan asing dikalangan aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO), meninggalkan alam pendidikan sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 1, Pengkalan Chepa pada 2002, Nik Faizah berkecimpung dengan aktiviti khidmat masyarakat terlebih dahulu sebelum terjun ke dunia politik.

"Apa yang menjadi tunjang penyertaan saya dalam politik adalah khidmat kepada rakyat dalam usaha menyelesaikan permasalahan sosial, ekonomi dan tadbir urus negara.

"Jadi saya sentiasa bersedia untuk sahut cabaran apabila dipelawa supaya bertanding di Parlimen Pengkalan Chepa. Walaupun baru beberapa tahun berpindah dari kawasan Tumpat, saya dan suami sudah lama menjalankan perniagaan di Pengkalan Chepa selain pernah mengajar di sini," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kota Bharu, semalam.

Ketika negara berdepan PKP pada Jun tahun lalu, Nik Faizah menyarankan pihak yang terputus bekalan makanan atau terkesan degan pendemik covid019 mengibarkan bendera putih di hadapan rumah supaya dapat dibantu pihak lain terutama yang berdekatan.

Menurutnya, idea itu tercetus  ketika sedang memikirkan ikhtiar untuk membantu rakyat yang terjejas akibat pelaksanaan PKP.

Kempen #BenderaPutih yang tidak berteraskan politik itu menjadi fenomena dengan ramai pihak menyokongnya, Ia dianggap telah memberi impak besar dan dianggap berjaya mencapai matlamatnya.  

"Alhamdulillah kempen kibar bendera putih itu mendapat sambutan baik sekali gus memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan memandang keadaan sukar didepani mereka," ujarnya.

Sementara itu dipetik laporan Malaysiakini, Nik Faizah berkata yang juga timbalan ketua wanita Amanah Kelantan itu berkata, antara misinya adalah untuk melihat kawasan itu membangun sesuai dengan statusnya sebagai kawasan perindustrian utama Kelantan.

Idea cetusan Nik Faizah terbukti satu jasa
Walaupun kawasan itu dikenali sebagai kawasan perindustrian, namun  Pengkalan Chepa jelasnya masih tidak mendapat liputan jalur lebar secara menyeluruh khususnya di kawasan perkampungan.

"Kawasan Pengkalan Chepa ini banyak kampung-kampung yang kita dapati masih mengalami masalah liputan internet sedangkan ia terkenal sebagai kawasan perindustrian sejak sekian lama.

"Tinjauan saya dapati ramai anak-anak pelajar yang tercicir pelajarannya dalam tempoh pandemik Covid-19 kerana masalah liputan internet sekali gus tidak dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian," katanya yang mesra disapa sebagai Kak Jah.

Difahamkan Parlimen Pengkalan Chepa merupakan salah satu kubu kuat PAS yang kini disandang Ahmad Marzuk Shaary.

Post a Comment

0 Comments