PEMIMPIN vateran DAP Lim Kit Siang menyifatkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah mencemarkan nama Islam dengan menyebarkan penipuan dan fitnah.
Beliau berkata begitu sebagai merujuk tohmahan terbaharu dilemparkan Abdul Hadi dalam khutbah Jumaat di Marang dilaporkan sebagai berkata, PAS tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana gabungan itu diketuai oleh “komunis” dan menyokong komuniti LGBTQ.
Tegasnya, Abdul Hadi perlu menjelaskan bila parti DAP pernah menjadi parti komunis atau menyokong perjuangan komunis.
PAS sendiri tegasnya pernah menjadi rakan kerjasama DAP ketika dalam Pakatan Rakyat bersama-sama KEADILAN yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi semestinya boleh menjawab soalan tersebut.
“Hadi, Anwar, dan saya telah menandatangani persefahaman pembentukan Pakatan Rakyat, yang merupakan gabungan PAS, KEADILAN, dan DAP pada tahun 2008 . Hadi sedar yang DAP bukanlah komunis atau pro-komunis.
"Pakatan Rakyat berakhir selepas Muktamar PAS pada bulan Jun 2015, apabila para pemimpin Pas di bawah Hadi memilih untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
“Bilakah DAP menjadi komunis atau pro-komunis? Adakah sebelum 2008 dan selepas 2015, atau adakah DAP ini komunis atau pro-komunis sepanjang bersama Pakatan Rakyat dari tahun 2008 hingga 2015?” soal Kit Siang yang baru-baru ini mengumumkan persaraanya.
Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut menegaskan setakat ini tidak ada pemimpin DAP yang ditahan kerana dikaitkan dengan komunis, termasuk beliau sendiri yang pernah ditahan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi tidak didakwa sebagai komunis atau pro-komunis.
Beliau turut secara sinis berkata Abdul Hadi lebih cekap dari pihak berkuasa polis apabila 'mempunyai maklumat' yang tidak dimiliki pihak berkuasa.
“Adakah Hadi mempunyai maklumat yang tidak dimiliki oleh Cawangan Khas yang mengatakan DAP ini “komunis” atau “pro-komunis”?
“Hadi mencemarkan nama Islam apabila dia mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal seperti: “Kita (PAS) tidak suka DAP kerana mereka komunis. Tetapi semasa kita bekerjasama dengan DAP, tidak mengapa. Apabila kita bekerjasama dengan Bersatu dan UMNO, DAP menjadi komunis semula,”

![]() |
Bila DAP jadi komunis, soal Kit Siang |
“Semasa DAP bekerjasama dengan Nik Aziz dan Fadzil Noor,
adakah DAP komunis atau pro-komunis?” soal beliau yang menyifatkan Abdul
Hadi bertindak seakan-akan sumpah-sumpah dan bertentangan dengan
perkembangan arus perdana Islam dalam kenyataan dibuatnya.
Kit Siang sementara itu mengesa rakyat tidak membiarkan pelampau politik penipuan, kebencian, perkauman dan keagamaan untuk berjaya dalam propaganda mereka.