Nik Omar bakal cabar kerusi Tajuddin Rahman?


ILMUAN Islam, Nik Omar Nik Abdul Aziz dilapor bakal berdepan Tajuddin Abdul Rahman dalam perebutan kerusi Parlimen Pasir Salak pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijadualkan bulan hadapan  

Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Muhaimin Sulam dipetik laporan Malaysiakini mengesahkan perkara itu dan berkata, pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

Beliau menyifatkan langkah meletakkan Nik Omar di Pasir Salak dianggap mampu memberi pilihan terbaik buat pengundi di kawasan yang dianggap kubu kuat Umno-BN.

Ia dianggap mampu menarik sokongan pengundi termasuk dalam kalangan pengundi atas pagar.

Pada Rabu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tujuh calon daripada kalangan tokoh profesional dan orang muda bagi menghadapi Pilihan Raya kali ini.

Keputusan itu dibuat susulan kesedaran bahawa cabaran mengurus negara semakin rumit dan ia memerlukan kepakaran dan pengalaman dalam pelbagai bidang.

Nik Omar bekas Yang di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) adalah anak sulung kepada anak bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan seorang daripada calon tersebut.

Sementara itu Ketua KEADILAN Cabang Pasir Salak, Mohamad Maharani Md Tasi, berkata kedatangan Nik Omar ke kawasan Parlimen itu sangat dialu-alukan.

Keputusan mencalonkan Nik Omar tegasnya memberi mementum besar kedua kepada Parti itu di Perak terutama selepas Anwar mengistiharkan akan bertanding di Tambun.

"Ini tentu sekali memberi tenaga baru kepada HARAPAN Perak," katanya.
Peluang orang Pasir Salak tukar pemimpin


Tajuddin pada PRU lalu
meraih 20,003 dengan kelebihan 7,712 undi sekaligus menewaskan dua pencabarnya.

Walau bagaimanapun pada pilihan raya kali ini, belum dapat dipastikan apakah dia akan mempertahankan kerusinya.

BACA:
Letak calon profesional, KEADILAN serius nak tadbir negara

Ia susulan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO  pada akhir bulan lalu yang menggantung keahlian parti Tajuddin selama enam tahun atau dua penggal setelah difahamkan secara terbuka menyerang kepimpinan UMNO selepas beliau digugurkan daripada jawatan ahli MKT parti itu. 

Post a Comment

0 Comments