Fitnah MOF jadi 'tokong Cina', Guan Eng saman Tajuddin Rahman


BEKAS Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tajuddin Abdul Rahmah kerana memfitnah.

Ia susulan kenyataan Tajuddin yang mendakwa Guan Eng menjadikan Kementerian Kewangan sebagai “tokong Cina” semasa mengetuai kementerian itu.

Pada satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Pengerusi DAP itu memberitahu bahawa peguamnya akan menghantar surat tuntutan kepada Tajuddin.

“Saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang kerana ini memang suatu fitnah,” katanya.

Minggu lalu, semasa forum Sinar Harian, Tajuddin menuduh Guan Eng meminggirkan orang Melayu di Kementerian Kewangan.

"Berapa ramai pegawai Melayu yang dibuang? Pejabat menteri kewangan dah jadi macam tempat tokong Cina. Banyak pergi pakai seluar pendek.

"Mana ada orang Melayu boleh pijak tangga atau masuk dalam pejabat Kementerian Kewangan pada masa itu?" kata penyandang kerusi Parlimen Pasir Salak itu.

Beliau berkata kenyataan Tajuddin itu adalah percubaan jelas untuk menjadikan kempen pilihan raya umum ke-15 sebagai kempen perkauman.

Sesiap yang pernah melawat pejabatnya semasa beliau menjadi menteri kewangan tahu dakwaan Tajuddin itu adalah pembohongan besar.

“Saya amat sedih kempen itu bertumpu pada kaum dan agama, dan langsung tidak menyentuh ekonomi

“Kita patut bercakap tentang kepentingan rakyat, ekonomi, masa depan kita, ringgit yang lemah. Jangan gunakan kaum dan agama,” katanya.

Sementara itu Guan Eng berkata, sepanjang berda di kementerian itu, satu-satunya  tanglung Cina digantung adalah semasa dia memegang jawatan ialah semasa Tahun Baru Cina.

Begitu juga, katanya ketupat digantung semasa Aidilfitri, dan lukisan 'kolam' dibuat untuk Deepavali.

Malah semasa di kementerin itu beliau diketahui mengekalkan ayat al-Quran yang digantung di pejabat berkenaan selain tidak pernah membazir wang rakyat dengan membuat pengubahsuaian pejabat.  

“Saya tidak pernah sentuh berkenaan ayat al-Quran pun di Kementerian Kewangan. Jadi, itu tidak menjadi masalah.

Sebelum ini seorang pegawai Guan Eng semasa di kementerian itu menafikan kenyataan Tajuddin.

Kesal isu kaum jadi modal fitnah pilihan raya
Rahmah Ghazali yang merupakan seorang wartawan menegaskan selama bekerja dengan kementerian itu dibawah Guan Eng, terdapat ramai ramai kakitangan Melayu dan pasukannya juga terdiri dari pelbagai bangsa.

BACA:
Tuduhan Tajuddin tak betul, tegas bekas pegawai MOF

Melalui satu hantaran di laman Twitternya, beliau mempersoalkan apakah Tajuddin tidak merasa berdosa membuat fitnah seperti itu.

"Nak masuk pejabat kerajaan ni ada dress code. Skirt atas lutut pun kadang2 tak boleh masuk, apatah lagi seluar pendek.

"Tak rasa berdosa ke fitnah orang camni?' soalnya.

Post a Comment

0 Comments