Anwar mahu persaingan matang, tak layan kempen cerca lawan

 


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) menegaskan bahawa beliau mahu menang dengan pengundi di Tambun yakin tentang pembaharuan yang mahu dibawa gabungan pimpinannya.

Pada perjumpaan bersama veteran tentera di dewan orang ramai RPT Batu 10 Chepor dekat Chemor, Perak siang tadi, Presiden KEADILAN itu menegaskan beliau mahu menggunakan pendekatan mencerca atau menyerang peribadi lawan sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ini.

“Saya tak mahu menang kerana cerca lawan, tak payah. Saya nak menang Insya-Allah kerana keyakinan rakan-rakan tentang apa yang boleh saya lakukan untuk Tambun dan negara Malaysia.

“Dan tengoklah, sepanjang kempen ini, saya juga beritahu kawan-kawan kita, tak usah, tak perlu cerca mereka. Kalau orang tahu, tahu, tak tahu tak apa…sudah tapi kita kena jaga ini (tidak mencerca),” katanya sambil menggesa semua calon gabungan itu turut berkempen secara matang.

Penyandang parlimen Tambun Ahmad Faizal Azumu baru-baru ini membidasnya Anwar apabila Ketua Pembangkang di Parlimen itu mengumumkan akan menentangnya.

Ahmad Faizal memuat naik satu rakaman pendek dengan peringatan tentang cara bercakap dialek tempatan, rakaman yang dilihat sebagai percubaan Timbalan Presiden Bersatu itu menggambarkan Anwar sebagai orang luar dikritik banyak pihak.

Anwar kemudian menjawab bahawa beliau bukan asing di Perak kerana pernah tinggal di negeri itu selama sembilan tahun, termasuk dua tahun ditahan di Kamunting.

"Tak mahu layan hubungan peribadi oleh calon, Peja (Ahmad Faizal). Kita tawarkan sesuatu. Saya pilih Tambun untuk melonjakkan kekuatan di Perak," tegas Anwar yang mengakui bahawa pertandingan di Tambun tidak semudah bertanding di Permatang Pauh atau Port Dickson atau banyak kerusi di Selangor.

"Saya diberi kerusi ini tetapi saya fikir adalah wajar bagi saya mencuba tahap terbaik untuk menawarkan perkhidmatan kepada rakyat dan mendapat kerusi baru. Kita bercakap tentang membentuk kerajaan," katanya.

 Anwar terima sambutan hangat di Tambun
Anwar hari ini dijadualkan untuk berada di kawasan Parlimen Tambun bagi mendekati masyarakat sekitar itu.

Terdahulu, beliau menghadiri Pesta Lee Cha bersama  masyarakat Sungai Kanthan di Pasar Khanthan juga di Chemor.

Anwar secara berseloroh berkata beliau yakin dapat memenangi kerusi Parlimen Tambun selepas melihat sambutan masyarakat yang mahukan perubahan.

Post a Comment

0 Comments